![]()
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia di bawah pimpinan Parti Barisan Nasional telah berkembang pesat menuju kearah sebuah Negara maju pada tahun 2020. Banyak perancangan telah diatur oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan demi meningkatkan ekonomi Negara dalam sektor perindustrian, pelancongan, perkhidmatan dan pertanian.
Pembangunan ekonomi secara meluas seperti kewujudan kawasan-kawasan ekonomi koridor disetiap negeri bertujuan untuk memenafaatkan rakyat. Perlaksanaan dasar kerajaan telah terbukti berjaya mewujukan iklim ekonomi dan pelaburan yang memberangsangkan seperti sektor perumahan, binaan, perbankan Islam, pendidikan, pertanian perladangan, perkapalan, perdagangan antarabangsa serta pengeluaran gas dan minyak. Ini semua dapat dikaitkan dengan kestabilan politik yang dapat dinikmati oleh rakyat melalui kepimpinan yang berwibawa dan berwawasan.
Keselamatan merupakan faktor penting dalam konteks kepercayaan pelabur asing untuk melabur dan berurusan di Malaysia. Pasukan keselamatan kita telah mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan terbukti antara yang terbaik di dunia. Penghargaan harus di beri kepujian kepada anggota dan bekas anggota yang pernah berkhidmat di bawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu.
Khidmat kawalan keselamatan merupakan sektor penting dan harus diberi perhatian khusus kerana perkhidmatan ini menjurus kepada ancaman keselamatan yang boleh mengugat keamanan dan kestabilan Negara. Oleh itu, faktor keselamatan adalah penting kerana ianya akan melambangkan kredibiliti dan integriti Negara. Justeru itu, sektor kawalan keselamatan perlu di beri perhatian serius demi menyakinkan pelabur asing yang melabur di Negara Malaysia.
Syarikat Ultrabest SS Sdn Bhd
(848632-U) adalah sebuah syarikat
bumiputra yang ditubuhkan pada 04 Mac 2009 dan diasaskan
oleh bekas pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia iaitu
Mejar Jeneral Dato Oseman Bin Chik (B), beliau adalah
diantara beberapa pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia
yang menjalani latihan pegawai kadetnya di Royal Military
Akademy Sandhurst England iaitu sebuah akademi berprestij
diEngland dan diantara yang terbaik didunia. Jawatan
terakhir yang disandang adalah Panglima Logistik Tentera
Darat Malaysia dan telah menyumbangkan perkhidmatan beliau
demi bangsa dan Negara selama lebih kurang 35 tahun
perkhidmatan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam
bidang logistik, latihan, pentadbiran dan perisikan. Beliau
juga pernah berkhidmat didalam pasukan Infantri dan
logistik. Selain itu juga Mej Jen Dato’ Oseman bin Chik
pernah berkhidmat di markas formasi Tentera Darat, pusat
latihan, markas Tentera Darat sebagai Asisten Ketua Staf
Logistik yang mana fungsi utama adalah menasihati Panglima
Tentera Darat didalam aspek logistik dan terakhir berkhidmat
dimarkas logistik Tentera Darat sebagai Panglima Logistik.
Semasa berkhidmat didalam pasukan infantri Mej Jen Dato’
Oseman bin Chik juga mempunyai pengalaman didalam
pertempuran dengan penganas komunis dan beliau juga adalah
seorang pegawai perisikan berwibawa semasa berkhidmat dengan
pasukan 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Terdahulu daripada itu Mej Jen Dato’ Oseman bin Chik juga pernah berkhidmat dibawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu di Bosnia Herzegovina sebagai pegawai logistik untuk menguruskan kontigen Malaysia yang berkhidmat di Bosnia Herzegovina. Beliau adalah juga sebagai perancang aspek logistik untuk penglibatan anggota Tentera Malaysia yang berkhidmat dibawah Bangsa-Bangsa Bersatu di seluruh dunia dan diantaranya di Timor Leste, Lebanon,Somalia dan Bosnia Herzegovina.
Beliau juga adalah penulis sebuah buku ‘Bosnia Herzegovina Imbasan Kembali’ yang merekodkan pengibatan kesemua kontigen Malaysia yang berkhidmat di Bosnia Herzegovina. Pelancaran buku tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Mahathir bin Mohammad dan Tun Mahathir telah mengarahkan agar buku tersebut diedarkan kesemua sekolah menengah dan rendah kerana kurangnya buku yang ditulis berkaitan sejarah angguta Tentera Malaysia dipasaran. Buku tersebut selain dari diedarkan disemua perpustakaan di dalam Angkatan Tentera Malaysia juga telahpun diedarkan oleh Kementerian Pelajaran di semua sekolah rendah dan menengah seluruh Negara pada tahun 2002.
Semasa menjadi Panglima Logistik Tentera Darat beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja iaitu sebuah kor didalam Tentera Darat yang fokus utamanya adalah memberikan perkhidmatan kepada tentera Darat. Semasa menjadi Pengerusi Kor Perkhidmatan beliau telah berjaya memodenkan beberapa fasiliti didalam Kor perkhidmatan dan diantaranya ialah pembinaan Wisma yang baru dan moden sesuai dengan peranan Kor Perkhidmatan dan juga pembinaan sebuah rumah tetamu di Taiping yang begitu terkini dan satu-satunya rumah tetamu yang tercantik dan lengkap yang terdapat didalam Angkatan Tentera Malaysia untuk masa ini. Untuk Tentera Darat beliau juga telah berjaya menjadikan impian anggota Tentera Darat sebagai realiti dengan merancang dan menyiapkan pembinaan Dataran Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi yang kini menjadi kebanggaan anggota Tentera Malaysia dan satu-satunya Dataran yang terdapat didalam Angkatan Tentera Malaysia serta yang paling moden dan canggih.
Diatas jasa-jasa yang dicurahkan beliau telah dianugerahkan pingat Dato Paduka Mahkota Terengganu DPMT oleh DYMM Sultan Trengganu pada tahun 2006 yang membawa gelaran Dato’ dan kemudiannya pada tahun 2007 beliau sekali lagi dianugerahkan pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah oleh DYMM Sultan Kedah juga membawa gelaran Dato’.
Mej Jen Dato’ Oseman bin Chik juga amat berminat dengan kerja kerja amal dan persatuan. Selain daripada menjadi ahli jawatankuasa penduduk ditempat penginapannya beliau juga adalah ahli jawatankuasa bekas perajurit di Seremban. Beliau juga adalah pengerusi persatuan Anak Yatim (PEYAKIN) di Negeri Sembilan.