Mejar Jeneral Dato' Oseman Bin Chik (Bersara)

Berwibawa, Mantap, Komited, Telus, Julur dan Amanah

 
BERITA & AKTIVITI
  • Ibu Pejabat Baru
 

Keselamatan dan kestabilan negara merupakan asas penting dalam konteks meningkatkan Foreign Direct Investment (FDI) di Malaysia.  Sebagai sebuah syarikat keselamatan, Ultabest Security Services Sdn Bhd melihat Khidmat kawalan sekuriti atau keselamatan merupakan sektor perkhidmatan penting dan harus diberi perhatian khusus kerana perkhidmatan ini menjurus kepada ancaman keselamatan yang boleh mengugat keamanan dan kestabilan Negara. Oleh itu, faktor keselamatan adalah lambang kredibiliti dan integriti sesebuah Negara. Justeru itu, sektor kawalan keselamatan perlu di beri perhatian serius demi menyakinkan pelabur asing yang melabur di Negara Malaysia.

Syarikat Ultrabest SS Sdn Bhd (848632-U) adalah sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 04 Mac 2009 dan diasaskan oleh bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia iaitu Mejar Jeneral Dato' Oseman Bin Chik (Bersara) .


Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Tenaga Kerja dianggotai, oleh bekas-bekas anggota ATM yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas di dalam bidang keselamatan terutamanya di dalam perancangan dan perlaksanaan operasi keselamatan, pengumpulan maklumat am termasuk maklumat ekonomi dan perniagaan keusahawanan, penyiasatan, pengawasan (surveillance ) fisikal dan elektronik, pengintipan dan perisikan am.

Menyediakan produk-produk yang memenuhi tahap kualiti produk dan perkhidmatan yang sentiasa mempunyai nilai tambah untuk kepuasan pelangan.

Menyediakan sebuah Sistem Pengurusan yang tersusun dan teratur bagi peningkatan berterusan produktiviti syarikat.

Penjimatan kos operasi diutamakan bagi memenuhi pesanan nilai yang berpatutan.Mempertingkatkan daya tahan dan moral pekerja bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan.